Program Usahawan Generasi Felda


       PROGRAM SATU WILAYAH SATU INDUSTRI (SAWARI)

SAWARI dilancarkan pada tahun 2003 dengan memberi tumpuan kepada
 dua industri utama iaitu industri:

makanan dan kraf. Tumpuan utama pembangunan industri makanan ialah 
produk makanan diprosesdi bawah jenama F Best Food, sementara 
industrikraf di bawah  jenama F Best Craft termasuk tekstildan 
sebahagiannya dibangunkan di bawah jenama Modern Malaysia.
Matlamat: 


1-Mempelbagaikan aktiviti pengeluaran yang menghasilkan pendapatan 
2-Menggalakkan pembangunan ekonomi warga peneroka
3-Menghidupkan identiti dan budaya tempatan melalui produk boleh 
  dipasarkanMeningkatkankualiti dan reka bentuk produk yang memenuhi
   permintaan pasaran

v     iNDUSTRI ASAS TANI
alt
Bidang tumpuan industri asas tani:

1. Ternakan: Penternakan lembu dan kambing mengikut Good Animal  

Husbandary  Practic (GAHP).

2.Tanaman:PerlaksanaanProgram Satu Tanaman Satu Wilayah

3. Akuakultur: Pemulihan ternakan ikan air tawar dan memperkenalkan 

penggunaan teknologi baru.

v   EDIBLE GARDEN FELDA (EGF)

 
Projek Edible Garden diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bertujuan 
menggalakkan peneroka menanam sayuran di kawasan rumah. Selai 
menjadikannya sumber makana dan mengurangkan perbelanjaan, juga 
boleh menjadi sumber pendapatan tambahan kepada warga peneroka. 
Seluruh peneroka akan dilibatkan dalam program ini.

Matlamat projek Edible Grden FELDA (EGF) ialah seperti berikut

Menjadikan FELDA sebagai Pengeluar Makanan di peringkat global 
melalui pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan terancang.


1-Mempertingkatkan pengeluaran sayur-sayuran melalui pengeluaran 
2-secara komersial dan pemasaran secara sistematik.
3-Mewujudkan pemandangan kawasan perumahan dan kampung yang 
   ceria dan menarik dengan konsep landskap yang mendatangkan 
   hasil penduduknya

Konsep Edible Garden FELDA :


1-Taman mengandungi tanaman yang boleh dimakan. 
2-Tanaman jangka pendek dan  memberi pulangan segera 
    (satu hingga enam bulan).
3-Berfungsi sebagai kebun dapur.
4-Menjadi landskap menarik yang menggabungkan pelbagai pokok herba, 
   sayuran dan buah-buahan.
5-Penggabungan pelbagai warna daun dan buah serta ketinggian yang 
   berbeza   menghasilkan kombinasi reka bentuk taman yang indah

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama FAMA bagi menjamin 
pemasara hasil pertanian pada harga yang kompetitif.

Rantaian Nilai Projek diwujudkan dengan mengambil sebahagian 

daripada konsepprogram Bumi Hijau cetusan idea bekas Perdana 
Menteri Y.A.B Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana hasil tanaman 
penduduk kampungdipasarkansecara berkumpulan. 


v     LATIHAN USAHAWAN SISWAZAH - TUNAS MEKAR FELDA

alt
PENGENALAN

Program TUNAS MEKAR telah dilaksanakan di FELDA sejak tahun 

2006 dan ianya merupakan cetusan idea Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia.Sehingga kini FELDA telah berjaya membimbing 46 orang 
siswazah dikalangan anak peneroka menjadi usahawan. Diantara 
bidangkeusahawananyang telah dijalankan adalah tanaman komersial 
seperti cili dan serai, cendawan tiram,  perkhidmatan cybercafe, 
restoran, akuakultur, jahitan dan butik & spa.

OBJEKTIF
 1. Mewujudkan usahawan dikalangan siswazah yang terdiri daripada 
      anak-anak peneroka
 2. Menaik taraf dan mengimarahkan aktiviti ekonomi di rancangan
 3. Menggalakkan generasi kedua FELDA untuk menetap di rancangan


v     PERNIAGAAN, PERKHIDMATAN & LAIN-LAIN PERUSAHAAN
http://felda.net.my/feldav2/images/stories/line_utama.jpg
Program Perniagaan, Perkhidmatan & lain-lain Perusahaan dilaksanakan 

untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan 
tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan 
peneroka melalui latihan keusahawanan, bimbingandan khidmat nasihat.

Latihan KeusahawananMemberi khidmat latihan kesedaran, pengetahuan 
dan panduan kepada bakal usahawan serta meningkatkan tahap 
keusahawanan dan pengurusan kepada usahawan sedia ada melalui 
kursus-kursus berikut:-

Latihan Pengurusan Perniagaan
Latihan Pengurusan Kewangan
Latihan Pemasaran
Latihan Pembangunan Produk
Latihan Kemahiran (kraf buluh)
Latihan Perniagaan (spa aromaterapi, bakeri dan lain-lain)

        INFRASTRUKTUR DAN DANA

http://felda.net.my/feldav2/images/stories/line_utama.jpg
Antara kemudahan infrastruktur dan dana yang disediakan kepada 

usahawan FELDA adalah:

SIUF mula diwujudkan pada tahun 2002 dengan tabung pusingan 
RM50 jutaPada tahun 2006, dana ini telah ditambah RM50 juta 
menjadikan keseluruhannya RM100 juta.

Matlamat:
Menggalakkan warga peneroka menjalankan aktiviti ekonomi bagi 
menambah pendapatan keluarga.disamping itu Melahirkan pengusaha 
baru dan membantu pengusaha sedia ada menjadi usahawan yang 
berdaya maju dan Merangsang pertumbuhan ekonomi di rancangan
  
Pusat Industri Ringan FELDA (PIRF) dibina bagi membantu dan 
memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil makanan 
dengan penyediaan premis perniagaan yang memenuhi persijilan halal 
dan GMP. Dengan usaha ini akan menggalakkan lagi usaha 
mempelbagaikankegiatan ekonomi bagi  meningkatkan pendapatan 
warga FELDA.

Menaik taraf kualiti pembungkusan dan penglabelan produk makanan 
terpilih pengusaha kecil makanan FELDA bagi menembusi pasaran 
pasaraya, pasaraya besar (hypermarket) dan seterusnya pasaran eksport".


Petikan Ucapan PM:
Kita akan terus membina FELDA dan warga peneroka yang unggul. Oleh itu, anjakan paradigma daripada hanya berjada diperingkat nasional wajar dibawa ke peringkat global. Kita perlu membuat lonjakan berganda bagi membina generasi kelahiran FELDA ke mercu kejayaan yang menjadi pemangkin kegemilangan agama, bangsa dan Negara.




Sudah baca,datang lagi :)

0 Yang Komen !:

Post a Comment