SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU..

Subuhnya,
Di mana aku berada,
Masih enak dalam kelambu rindu,
Sambil berpoya-poya dengan waktu,
Masa bagaikan menderu,
Langkah tiada arah tuju,
Fikiran bercelaru,
Terlupa aku semakin di hujung waktu,
Siapa aku di depan TUHAN ku.

Zohornya,
Aku lebih memikirkan kelaparan,
Kehausan dan rehat ku,
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatan ku,
Aku bertolak ansur dengan waktu,
Aku gembira membilang keuntungan,
Aku terlupa bertapa besar kerugian,
Jika akau mengadaikan sebuah ketaatan,
Siapa aku di depan TUHAN ku.

Asarnya,
Aku lupa warna masa,
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
Aku masih dengan secawan kopi ku,
terlupa panas tidak di hujung kepala,
Aku masih bercerita,
Tentang si Tuah yang setia,
Dan si Jebat yang derhaka,
Siapalah aku di depan TUHAN ku.

Maghribnya,
Aku melihat warna malam,
Tetapi aku masih berligar,
Di sebalik tabirnya,
Mencari sisa-sisa keseronokan,
Tidak terasa ruang masa yang singkat,
Jalan yang bertongkat-tongkat,
Ruginya bertingkat-tingkat,
Siapalah aku di depan TUHAN ku.

Isyaknya,
Kerana masanya panjang,
Aku membiarkan penat menghimpit dada ku,
Aku membiarkan kelesuan menganggu ku,
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
Bercumbu-cumbu dengan waktu ku,
Siapa aku di depan TUHAN ku,

Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila aku akan melambatkan sujud ku,
Apabila Azan berkemundang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi,
Kerana di hujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini,
Jika ruang ku dibiarkan kosong,
JIka wajah ku menjadi asing,
Pada mentari dan juga bintang-bintang,

SIAPA AKU DI DEPAN TUHAN KU.

Sudah baca,datang lagi :)